

Sukacitanya dimaklumkan bahawa RCH akan membuka satu lagi restoran baru di kawasan Kluang bertempat di Kluang Business Centre di belakang CIMB Kluang.
Justeru, Majlis Pelancaran RCH akan diadakan pada 21 November 2009 bertempat di perkarangan RCH tersebut. Tuan Haji Ismail akan merasmikan restoran tersebut. Anggaran tetamu yang hadir adalah 20 orang VVIP, 70 ORANG VIP dan 1000 orang yang terdiri daripada ahli AWM dan orang awam.
Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa majlis tersebut adalah :
(a)Protokol Perasmian
(b)Pembukaan Gerai Jualan Produk
(c)Pembukaan jualan restoran pada jam 3 petang
TENTATIF MAJLIS PELANCARAN RADIX CHICKEN HOUSE, KLUANG
0900 pagi
Kehadiran Para Tetamu
1000 pagi
Ketibaan Tuan Haji Ismail bin Ahmad
Pengarah Urusan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
1015 pagi
Ucapan Juru acara Majlis
Bacaan Al-Quran oleh Ustaz Nor Rashid
1030 pagi
Ucapan Aluan EN. Md Rasid Bin Hassan
Pengurus RCH Sdn. Bhd.
1045 pagi
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Ismail Bin Ahmad
Pengarah Urusan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
1115 pagi
Penyampaian Anugerah 5 Kategori
Penyampaian Cenderahati VVIP dan VIP
1230 t/hari
Bacaan doa
Bersurai dan jamuan makan
Antara kategori anugerah yang disediakan adalah:
1)Staf terbaik Zon Selatan
2)Staf terbaik cawangan
3)Staf cawangan setia
4)Cawangan Terbaik
5)Cawangan terbersih & Ceria
Semua ahli dan cawangan-cawangan AWM di seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Antara kelebihanya ialah :-
1. Pelindung hati
2. Demam panas dan demam selsema.
3. Sakit tekak
4. Resdung
5. Sakit sendi
6. Cirit-birit
7. Jantung tersumbat
8. Menurunkan kolesterol
9. Menurunkan darah tinggi
Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya (secawan kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka.
Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia,tanpa rasa dan sangat berkesan. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.
HARGA AHLI : RM3.00
HARGA PENGGUNA : RM3.50
Berita dari Harian Metro, Khamis, 5 November 2009.
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.
Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.
Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.
RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.
“RFC berkonsep restoran makanan segera, ROC adalah masakan Cina, RPH pizza dan masakan Barat manakala RBH produk bakeri. Tetapi, RCH lebih berkonsep restoran makanan dengan hidangan,” katanya.