Blog Rasmi Al-Wahida Marketing Cawangan Batu Pahat (336324 My.01)
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL WAHIDA MARKETING CAWANGAN BATU PAHAT

Thursday, December 24, 2009

Tea Tree Oil Premium Hair Cream


sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Wednesday, December 2, 2009

Tinta P.U Disember 2009 Siri 1


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Tuesday, December 1, 2009

Cuka Nipah











Harga Pengguna
:
Semenanjung Malaysia : RM12.00
Sabah & Sarawak : RM15.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM10.00
Sabah & Sarawak : RM12.00


Nilai Mata (NM):2


Ulasan Pengarah Urusan HPA mengenai Cuka Nipah:

Madu untuk Kencing Manis.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka apel, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu/senduk (ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral, (1 :3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1.

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Sunday, November 15, 2009

Tinta P.U November 2009 Siri 4




Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Saturday, November 14, 2009

MAJLIS PELANCARAN RADIX CHICKEN HOUSE (RCH) KLUANG

Sukacitanya dimaklumkan bahawa RCH akan membuka satu lagi restoran baru di kawasan Kluang bertempat di Kluang Business Centre di belakang CIMB Kluang.

Justeru, Majlis Pelancaran RCH akan diadakan pada 21 November 2009 bertempat di perkarangan RCH tersebut. Tuan Haji Ismail akan merasmikan restoran tersebut. Anggaran tetamu yang hadir adalah 20 orang VVIP, 70 ORANG VIP dan 1000 orang yang terdiri daripada ahli AWM dan orang awam.

Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa majlis tersebut adalah :
(a)Protokol Perasmian
(b)Pembukaan Gerai Jualan Produk
(c)Pembukaan jualan restoran pada jam 3 petang

TENTATIF MAJLIS PELANCARAN RADIX CHICKEN HOUSE, KLUANG

0900 pagi
Kehadiran Para Tetamu

1000 pagi
Ketibaan Tuan Haji Ismail bin Ahmad
Pengarah Urusan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

1015 pagi
Ucapan Juru acara Majlis
Bacaan Al-Quran oleh Ustaz Nor Rashid

1030 pagi
Ucapan Aluan EN. Md Rasid Bin Hassan
Pengurus RCH Sdn. Bhd.

1045 pagi
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Ismail Bin Ahmad
Pengarah Urusan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

1115 pagi
Penyampaian Anugerah 5 Kategori
Penyampaian Cenderahati VVIP dan VIP

1230 t/hari
Bacaan doa
Bersurai dan jamuan makan

Antara kategori anugerah yang disediakan adalah:
1)Staf terbaik Zon Selatan
2)Staf terbaik cawangan
3)Staf cawangan setia
4)Cawangan Terbaik
5)Cawangan terbersih & Ceria

Semua ahli dan cawangan-cawangan AWM di seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

MINUMAN IMT Sudah ada di cawangan

Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak.

Antara kelebihanya ialah :-

1. Pelindung hati
2. Demam panas dan demam selsema.
3. Sakit tekak
4. Resdung
5. Sakit sendi
6. Cirit-birit
7. Jantung tersumbat
8. Menurunkan kolesterol
9. Menurunkan darah tinggi


Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya (secawan kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka.

Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia,tanpa rasa dan sangat berkesan. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.


HARGA AHLI : RM3.00

HARGA PENGGUNA : RM3.50

Tuesday, November 10, 2009

BERITA HPA MELALUI SMS

Perkhidmatan : HPA-SMS
Cara terpantas mendapatkan berita dan maklumat HPA yang tepat! Langgani khidmat berita ringkas

RM5.00 sebulan atau RM14.00 untuk 3 bulan

Cara: Langgani Masukkan yuran kepada akaun : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA) – Bank Islam – No A/C: 09010010002734

Hantar butiran: Nama / No.Ahli HPA / No.Telefon / butiran bayaran

Tel : 0139299944 (Setiausaha) Fax : +6 096175172 @ scan slip bayaran email: hpa4online@yahoo.com

Monday, November 9, 2009


Berita dari Harian Metro, Khamis, 5 November 2009.

RCH sasar 50 cawangan

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.

Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.

RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.

“RFC berkonsep restoran makanan segera, ROC adalah masakan Cina, RPH pizza dan masakan Barat manakala RBH produk bakeri. Tetapi, RCH lebih berkonsep restoran makanan dengan hidangan,” katanya.

Sunday, November 8, 2009

Musim Tengkujuh di Pantai Timur

"Laut Ngeri dibulan Disember ada kalanya lebih simpati, kerana mengambil diri dan melimpahkan rezeki, serentak pada hidup kami" Zubir Ali.

Pada semua warga HPA,marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan keselamatan kepada saudara-saudara kita yang kini berhadapan dengan banjir besar di pantai Timur. Sehingga malam ini keadaan semua pejabat HPA, Alhamdulilah belum dinaiki air tetapi langit terus menurunkan airnya tidak henti-henti.

Semua cawangan diarahkan membuka tabung bantuan banjir untuk dihantar kesana. Ini merupakan lanjutan kepada tabung gempa Padang yang berjaya membuat kutipan ribuan ringgit. InsyaAllah team relawan HPA yang baru pulang dari Padang akan segera untuk membantu di sana. Mereka yang berminat untuk bersama dalam kerja amal ini boleh menghubungi saudara Mahadi 0139299944.

InsyaAllah . kita segera menghulurkan bantuan ke Pantai Timur. Amin.

Saturday, November 7, 2009

Antara bawang dan rokok

Bawang yang dimakan dengan banyak akan mengeluarkan bau yang mengganggu orang lain.

Dari Jabir ra berkata: " Rasulullah SAW melarang memakan bawang bakung dan bawang merah,akan tetapi pada suatu waktu kami memerlukanya sehingga kami memakannya. Lalu beliau bersabda : barang siapa yang memakan hasil dari pohon ini yang menimbulkan bau maka hendaklah ia tidak mendekati masjid kami. Ini kerana malaikat akan merasa terganggu dengan apa-apa yang membuat manusia terganggu"(HR Muslim)

selain daripada bawang terdapat banyak lagi buah-buahan yang mendatang bau yang tidak menyenangkan seperti jering dan petai. Buah durian juga boleh mendatangkan bau kepada sesetengah orang tetapi wangi pada sisi orang lain. Dalam situasi ini pengambilanya juga tidak seharusnya banyak.

Disudut kesihatan buah-buahan merupakan sumber makanan kesihatan yang alami namun bagitu tidak semuanya sesuai terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti pesakit jantung yang sedang mengggunakan ubat pencair darah tidak boleh menggunakan garlic(minyak bawang putih). Bagitu juga dengan buah durian ,tidak boleh diberikan kepada pesakit kencing manis,petai dan jering tidak boleh diberikan kepada pesakit gout dan batu karang.

Kita lanjuti perbincangan ini dengan melihat bau dari mulut orang yang menghisap rokok. Bukan sahaja meninggalkan nakotin pada gigi malah lebih parah ia merosakkan gigi dan paru-paru. Paru-paru mendapat sedutan asap yang mengandungi karbon monoksida,tar,zink phosphid,simulasi najis manusia,alkohol dan beberapa bahan kotor dan beracun. Hampir semua fatwa ulamak menyatakan haram. Di kota-kotak rokok di malaysia di wajibkan meletakan gambar-gambar penyakit akibat daripada rokok.

Kesan daripada rokok inilah hati menjadi keras lantas mereka bukan sahaja tidak kemasjid,tidak menyukai pengajian ugama, tidak menyukai al- Quran malah hati terus keras dan berdegil bagi menerima Islam secara "kaffah". Itulah sebabnya HPA mengharamkan penggunaan rokok kepada warga-warganya. Sejauh mana keberkesanya? mari kita lihat dalam setiap program HPa..InsyaAllah tidak ada orang yang menghisap rokok..

Friday, November 6, 2009

Zon Selatan Terus Maju

Beberapa lokasi baru cawangan selatan akan terus di buka. Cawangan-cawangan tersebut ialah di Air Hitam, Yong Peng, Larkin, Johor Jaya, Tampin, Jasin,Air keroh, Senawang dan Kuala Pilah. Target jualan selatan ialah sebanyak rm 3 juta sebulan. Bagi memenuhi target tersebut zon selatan perlu melahirkan sekali ganda lagi kekuatan kepimpinanya.Namun bagitu keluasan dan kepadatan penduduk selatan sebagai satu peluang yang masih belum digunakan lagi. Diharapkan dengan ujudnya RFC ia akan memberikan sedikit semangat baru untuk leader lama dan baru terus berjuang. InsyaAllah. Amin.